MySpace Graphics

TAJUK 3 : APLIKASI GARIS PANDUAN DAN ETIKA PENGGUNAAN INTERNET

ETIKA KOMPUTER
·  Etika komputer umumnya adalah satu bidang mengenai penggunaan komputer yang betul (panduan).
·     Hak peribadi individu, ketepatan dan kesahihan maklumat, harta intelek dan capaian adalah antara isu/dilema yang membabitkan etika penggunaan komputer dalam era maklumat.

MASALAH MORAL DAN ETIKA
Terdapat beberapa masalah moral dan etika yang sering berlaku iaitu :
·         Penggertak
·         Penyalahgunaan internet
·         Virus
·         Hak cipta
·         Perisian cetak Rompak

1)   Penggertak
·     Cracker ialah golongan yang menceroboh ke dalam sistem komputer dan merosakkan sistem yang ada dengan tujuan utama membuat keuntungan.
·  Cracker tidak menulis program untuk membangunkan perisian tetapi menggunakanperisian yang dibangunkan orang lain untuk tujuankemusnahan.

2)   Penyalahgunaan internet
·  Konsep ‘langit terbuka’ yang dilaksanakan oleh negara kita telah mengundang banyak implikasi buruk kepada para pengguna Internet terutamanya di kalangan remaja.

3)   Virus
·  Penyebaran virus - merosakkan sistem, data, perisian,melumpuhkan rangkaian komputer.

4)   Hak cipta terpelihara
·    Memuat turun sebarang perisian atau dokumen tanpa kebenaran adalah salah dari segi undang-undang hakcipta. Keizinan daripada pemiliknya adalah perlu.

5)   Perisian cetak rompak
·   Maklumat yang diperolehi yang tidak mendapat kebenaran pemilik asal untuk dibuat cetakan secara tulisan dan audio visual.

PRINSIP ETIKA KOMPUTER
·         Keseimbangan
·         Keizinan temaklum
·         Keadilan
·         Meminimum-kan risiko

PANDUAN KEPADA PENGGUNA KOMPUTER ADALAH SEPERTI BERIKUT:
1)   Tidak menggunakan komputer untuk membahayakan orang lain.
2)   Tidak mengganggu kerja komputer orang lain.
3)   Tidak menceroboh masuk fail komputer lain.
4)   Tidak menggunakan komputer untuk mencuri.
5)   Tidak menggunakan komputer untuk menipu.
6)   Tidak menggunakan atau menyalin perisian yang tidak dibeli secara sah.
7)   Tidak menggunakan sumber dari komputer orang lain tanpa kebenaran.
8)   Tidak mengambil hasil intelektual orang lain untuk diri sendiri.
9)   Memikirkan kesan sosial program atau sistem yang dibangunkan.
10) Gunakanlah komputer dengan timbang rasa dan hormat kepada manusia lain.




Brosur
Brosur ialah untuk sebagai media promosi. Brosur ini digunakan di mana untuk memberi tahu atau memujuk masyarakat untuk melibatkan diri dalam sesuatu bidang yang tertentu. Brosur juga dapat digunakan dalam dunia perniagaan dimana dapat menyampaikan maklumat atau jualan yang diadakan.

Power Point
Perisian Power Points atau keynote adalah perisian yang banyak digunakan terutama dalam persembahan oleh bahagian korporat atau syarikat komersial,pembentangan kertas kerja dalam seminar atau persidangan, kuliah atau tutorial di institusi pengajian tinggi dan pengajaran dalam bilik darjah.
Pada masa ini, power points bukan sahaja mempunyai kelebihan untuk membuat persembahan pasif atau satu hala malahan mempunyai kelebihan untuk menjadikan persembahan lebih interaktif. Ini membawa maksud perkataan power point boleh berfungsi sebagai alat pengarang untuk mengatur cara dan membina bahan Instruksi Berbantu Komputer (IBK) yang berkesan.

CARA MEMBUAT BROSUR :